....sambungan)
“Mari, pindah ke bahagian belakang bot. Sengsara di depan ni. Hentakan kuat.” Cikgu R memberi cadangan sambil cuba berdiri perlahan-lahan. Kemudian melangkah bagai orang kurang upaya ke bahagian belakang bot melalui tepi bot yang selamat.
Cikgu K juga berdiri dan mengekori Cikgu R, rakan rapatnya sewaktu sama-sama di maktab perguruan.
“Alamak…rupanya di sini lagi ramai,” bisiknya kepada cikgu K.
“Nah, itulah kau mau pindah lagi!” Cikgu K kurang berpuas hati.
“Hentam sajalah,” Cikgu K menyenangkan hatinya sendiri.
“Minta maaf banyak-banyak tuan haji, pakcik, makcik. Nda tahan duduk di depan. Hentak-hentak. Tulang punggung dan pinggang sakit.” Cikgu R cuba menjelaskan kepada semua penumpang mengapa mereka pindah ke bahagian belakang sebaik sahaja mereka telah duduk.
“Orang muda pun sudah sakit pinggangkah…aah…”
“Saya Ramli. Dia Khasrin. Kami guru yang ditugaskan di sekolah di Pulau Banggi.” Cikgu R memperkenalkan diri dan rakannya.
“oooh, cikgu rupanya.” Seorang lelaki berusia sekitar 60-an menghulurkan tangan.
Cikgu R segera menyambut salam pakcik itu dan menciumnya.
“Alouu rayang, malingkat na adab sigu lu!” Kedengaran satu suara dari bahagian bot yang berbumbung.
“Pote’ na ah’?” Seorang ibu separuh umur pula berkata.
Cikgu R tidak tahu apa yang diperkatakan oleh wanita itu. Dia Cuma senyum sahaja sambil memandang kea rah wanita tadi. Bagaimanapun, dia cuba untuk memahaminya dengan melihat gelagat wanita itu yang melihat kulit tangannya.
“Minta maaf makcik. Bahasa apa yang makcik cakap tadi tu? Tanya Cikgu R.
“Bahasa Suluk, Sigu.” Wanita itu menjelaskan.
Entah benar atau tidak dia tidak tahu tapi apabila dia melihat wajah wanita itu, Cikgu R akur.
“Dia ini orang baik,” bisik hatinya.
“Maksudnya?” Cikgu R inginkan kepastian.
“Bilangku tadi, sigu ini putih. Kulitmu putih bah tidak macam kulit kami.” Wanita itu member tahu.
“Tapi kenapa saya dengar makcik sebut pendek saja?” Cikgu R bertanya sambil berjenaka.
“Kalau bahasa Suluk, begitulah,” sambung wanita itu.
Cikgu R mengangguk. Cikgu K juga mengangguk.
Kemudian perbualan antara cikgu R dengan penumpang yang lain pun mula rancak.
“Pakcik, berapa lama lagi bot ni mau sampai di pulau tu?” Cikgu R bertanya kepada seorang lelaki yang sudah berumur.
“Sakaaajap lagi sampailah kita, Sigu.” Katanya.
“Macam sini-sini juga kita ni pakcik?” Tanya Cikgu R.
“Hehehe..kalau mula-mula pigi Banggi memang begitu, Sigu. Tapi kalau sudah biasa…macam nda’ ada sudah. Nda’ sudah rasa lama.” Pakcik itu menenangkan fikiran Cikgu R.
Kemudian Cikgu R mengenalinya sebagai Pakcik Asmara.
50minit kemudian………..
No comments:
Post a Comment